Tuesday, March 18, 2014

PERIA GORENG RANGUP ala ALIN STYLE :-)

Assalamualaikum dan hiii... πŸ’š

Sebenarnya saya dah lama nak share resepi peria goreng rangup ni dengan korang semua... Sedap tak sedap tu belakang cerita ye... Tapi bagi saya dan mr asben memang sedapla. Rangup ngap ngap gitu..

Sebelum tu, saya nak cite history macam mana saya terjebak dengan peria goreng ni. Padahal memang tak makan langsung peria sebab pahit kek tokakkuni haaa...

Alkisah bermulanya jatuh hati lepas tu jatuh ke tokakku peria goreng ini selepas berkahwin dengan mr asben ku ini. He's mamak. So, kalau nak membeli makanan tu confirmla kan akan ke restoren mamak. Mula-mula mr asben beli tu, dah warning awal-awal, yang isteri kesayangan dia ni tak makan sebab pahit... (tapi dalam hati ada jugak teringin nak rasa kannn hihi...)

Ok, kalau sekali dua tu okla kan... Lama-lama tu tercabar juga benteng tak nak tu sebab tgk mr asben makan macam sedap je, rangup-rangup dia kunyah. 

Bismillah... peria goreng rangup masuk ke mulut, kunyah... kunyah... emmm... takla pahit sangat... emmmm...bukan macam sedap.. memang sedappun sebenarnya..lepas sekeping sekeping masuk ke mulut.. addicted pulak.

Then, bila balik Taiping request kat MIL peria goreng rangup ni. MIL pun tunjukkanlah bahan-bahan dan macam mana nak buat. 

OOOo.. senang aje sbnrnya.
So, lepas tu balik KL je terus buat. Memang menjadi... 
CHEF ALIN katakan hihi...

Tapi memang style CHEF ALIN ni, memang dia akan modify apa-apa resepi sesuka hati dia... 

So, after hampir 7 tahun kahwin, inilah resepi yang paling saya dan mr asben puas hati... 5 bintang katanya ...awww...

Ok, jom tengok gambar sambil-sambil baca penerangan bahan-bahan dan cara-cara membuat 
PERIA GORENG RANGUP ALA ALIN STYLE



  • 4 biji peria katak medium size.
 



 Basuh siap-siap peria dan tos biar kering. Nampak macam banyak untuk 2 orang makan kan... Tp, percayalahhh tak sedar dah abis je nantiπŸ‘Œ



Peria dihiris nipis
 Potong menyerong ye, so hirisan tu nampak besar sedikit dan senang untuk di goreng. Lagi satu, nampak kan biji-biji peria tu. Kalau rajin buang biji-biji tu.. Saya buang sebab tak suka. Kalau peria tu dah matang bijinya akan berwarna pink purple gitu. Biasanya hanya berwarna putih.



Peria direndam dalam air gula
 Selalunya, saya akan prepare bahan-bahan waktu pagi, dan goreng waktu petang. Jadi, hirisan peria tadi tu saya akan rendam dalam air gula untuk mengurangkan rasa pahit peria. Saya akan rendam sampai ke tengahari. Selepas itu, saya tos bagi kering.



Peria yang telah ditos kering
 Sediakan satu mangkuk/bekas untuk mencampur kesemua bahan



Peria yang telah digaul mesra dengan bahan-bahan
 Ha.. ni part yang paling penting iaitu bahan-bahan yang saya telah eksperimen :-)
  1. 1 biji telur
  2. 1 tbsp serbuk kunyit
  3. 1 tbsp rempah kari daging
  4. 2 tbsp tepung jagung
  5. 2 tbsp tepung kentucky (saya guna brand PUAS)
  6. 2 tbsp tepung beras
  7. 1 tbsp serbuk kayu manis
  8. 1 tbsp campuran rempah (hihi... yang ni tak dapat kat mana-mana rasanya, mak saya yang buat - optional)
  9. Sedikit black pepper
  10. Garam secukup rasa
  11. Gula (optional)

Campur kesemua bahan. Nak tambah air sedikitpun boleh (1 tbsp macam tu). Tapi selalunya saya tak tambah air sebabnya air dari peria tu akan keluar.
 Kemudian masukkan peria yang telah di tos tadi ke dalam mangkuk yang berisi bahan-bahan campuran. Gaul sebati dan simpan di dalam fridge sehingga waktu menggoreng.



Taraaaaa... my fav...opppssss my mr. asben fav too... :-)
Inilah hasilnya.. Bergantung kepada citarasa masing-masing, lama mana nak menggorengnya.

Sedap  dimakan begitu saja hihi...

OK.. selamat mencuba!! πŸ’š

No comments:

Post a Comment