Friday, January 31, 2014

WORDLESS FRIDAY -2-

Yeahh, truly amazing... Terus teringat kat mak kat kampung... Mak memang amazing!!! Kami 5 orang anak yang masing2 ada perangai tersendiri... Mak boleh je handle everything... 
 
Sentiasa menjadi pembakar semangat tatkala agak letih melayan kerenah anak yang baru 2 orang...


Just enjoy it while you can... :-)

Sunday, January 26, 2014

1 TEASPOON MEAL SHAKES/DAY

Assalamualaikum semua... Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan happy2 saja. 

Hari ini saya nak share antara rutin saya pagi2 sebelum menghantar anak sulung saya Ahmed Faaris ke kindergarten Atfal Kids.

Memang sudah jadi satu kemestian, setiap pagi sebelum ke Atfal Kids, Annae@Faaris akan minum susu as a breakfast. Si adik Ahmed Haseef pun akan tumpang sekaki juga breaksfast dengan Si Annae. Faaris memang tak makan biskut ke roti ke apa2 je, only susu. Kalau paksa he will muntah. So, saya akan bekalkan makanan lain untuk di makan nanti. 

Disebabkan dia hanya minum susu sahaja sebelum ke kinder, so saya risau kalau2 dia lapar atau tak btenaga nnt... Sebelum saya join Shaklee, PediaSure adalah susu yang kami bagi Faaris atas recommendation from pediatrician Dr Musa (DSH). 
Sebab utama, dia agak picky eater, makan pun sikit2 je, berat naik skit lps tu turun balik, mudah kena jangkitan demam, batuk, selesema... lagi2 dah masuk kinder. Selalu juga tak sihat... Jadi, PediaSure adalah pilihan yang paling baik yang kami mampu beli untuk Faaris, supaya dia dapat nutritisi yang seimbang. 

Tetapi selepas jadi SID, saya berbincang dengan mr asben untuk menukar susu Faaris ke EnfaGrow dan mencuba Meal Shakes as add on kepada susu EnfaGrow. Tupun setelah kami berbincang dengan Dr Musa untuk menukar susu Faaris.

Oh ya.. Sedikit pengenalan untuk Meal Shakes ni... Meal Shakes Shaklee ini didatangkan dalam bentuk powder.. Ia menyediakan hidangan lengkap  dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap. 

Buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) antara bahan-bahan semulajadi yang ada dalam Meal Shakes. 

 Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. 
Pendek kata, Meal Shakes adalah pilihan yang bijak untuk sarapan pagi yang penuh berkhasiat.  

Meal Shakes


Sebelum saya bancuh untuk Annae, saya sendiri rasa terlebih dahulu. 1 glass of fresh milk + 1 table spoon Meal Shakes, shake2 then minum... Walllaaaa... memang best!!!

So, saya yakin 100% Annae will like it. Then saya try bagi dia. At first, dia agak refuse nak minum, lagi2 dia nampak mama letak something else other than susu. Tapi saya cuba yakinkan dia yang rasa susu tu lagi sedap dan more healthy. 

Alhamdulillah, dia berjaya abiskan susu tu. So, smpai ke hari ini, saya masih mengekalkn rutin ini bermula pertengahan September 2013.


1 teaspoon Meal Shakes


Ditambah ke susu


Selama 4 bulan ini, apa yang saya perhatikan... Apetite Faaris agak berbeza sedikit. Selera makannya agak meningkat. Kalau dulu, balik dari kinder, memang saya akan menanyakan samada dia lapar ke tidak. Respon yang agak hambar yang saya selalu dapat... "i'm not hungry ma..." . Padahal, bekalan yang saya bekalkan tu pun sikit je dimakannya... huhu....

Alhamdulillah...sejak ambil Meal Shakes tak sempat saya bertanya, Faaris dah tanya saya dulu di dalam kereta, "Ma, what did u cook today?. I'm so hungry"... Ya Allah, rasa gembira di hati, rasa bersyukur sangat Allah gerakkan hati saya untuk mencuba Meal Shakes.

Berat badan Faaris juga menunjukkan sedikit peningkatan berbanding dulu.. Dulu Faaris kalau batuk, lama baru nak sembuh sampai kena nebulize. Alhamdulillah, ubat batuk, selesema, demam yang terbaru hanyalah bertarikh bulan 10 2013. 

Secara kesimpulannya, Meal Shakes memberi manfaat kepada anak saya Faaris dari segi:

1. Nutrisi lengkap - 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu
2. Membekalkan protein yang cukup untuk pembinaan sel badan
3. Membantu dalam tumbesaran
4.  Antioksida, semakin jarang kena jangkitan demam, batuk, selesema
5. Menambah selera makan
6. Yang penting lazat !!! :-)


 Sesekali saya juga memberi  Chewable Vita-C Plus,Omega Guard dan NutriFeron kepada Faaris dan Haseef. As a precaution step, terutama ketika ada tanda2 selsema, batuk menyerang mereka. 

Alhamdulillah, penggunaan antibiotik dapat dielakkan.

+ 
 Set Sihat Cerdas for my Boys



Saya percaya, ramai rakan2 yang menghadapi situasi yang sama iaitu, anak yang picky eater, sering jatuh sakit, tiada selera makan dan lain-lain lagi. Saya strongly recommend Meal Shakes ataupun set Sihat Cerdas + NutriFeron (imun booster) untuk anak-anak anda.

Anak-anak sihat, kitapun happy kan... :-)



Friday, January 24, 2014

WORDLESS FRIDAY -1-

Assalamualaikum dan hi... :-)
Sebenarnya saya baru je tahu kebanyakan blogger ada trend buat Wordless Wednesday(WW).
Tetapi ada juga yang buat Wordless Friday (WF).
Saya rasa saya berminat juga nak buat hihi... 
Saya prefer Wordless Friday sebab saya suka Hari Jumaat.
YAUMUL JUMA'AH SAY'YIDUL AYYAM... 
Hari jumaat adalah hari yang paling mulia.
So, dengan ini saya mengisytiharkan setiap hari jumaat adalah WF saya di blog ni...  

A picture is worth more than a thousand words




Saya tak tahu bila giliran saya... Hanya Allah saja yang mengetahui..wallahu a'lam..

Wednesday, January 22, 2014

HERBAL BLEND MULTI-PURPOSE CREAM

Salam semua...  Malam ni saya nak kongsikan satu lagi produk Shaklee yang wajib ada dalam beg saya, iaitu 

Herbal Blend Multi Purpose Cream.



 Cream ni rasanya nyaman, bermentol dan yang bestnya tak rasa melekit macam kebanyakan cream yang ada di pasaran.



 Herbal Blend ni diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang buat kita rasa best, tenang gitu. 
Antaranya sage, horse chesnut, yarrow dan rosemary.


 >>Tangan saya yang agak kering dan gatal-gatal sebab aircond<<





>>Terus saya letak Herbal Blend, memang hilang terus rasa gatal-gatal<<


 Cream ni boleh juga digunakan untuk merawat kulit yang lain-lain seperti: 


  • Melembutkan kulit kasar pada siku dan lutut serta tumit pecah 
  • Menyelesaikan masalah kulit gatal, eczema
  • Menghilangkan parut, termasuk campak dan chicken pox
  • Menghilangkan ruam pada bayi 
  • Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam dengan menyapu keseluruh badan
  • Melegakan ketidakselesaan dan memecahkan lemak diperut dengan cara urutan.
  • Luka kecil/calar 
  • Sebagai losyen untuk kegunaan harian



Boleh dikatakan setiap hari saya menggunakan Herbal Blend ni. 


**Kulit saya yang sensitif memang serasi dengan Herbal Blend. Kalau tangan terkena minyak panaspun saya sapu Herbal Blend je.

**Anak-anak pula, memang alah dengan gigitan nyamuk. Sapu je Herbal Blend diaorang dah tak mengadu gatal lagi.. 

**Asben pula, setiap malam saya sapukan Herbal Blend pada kakinya. Tumit merekah dan kering. Alhamdulillah, 2-3 hari dah nmpak kesan pemulihan.




Sungguh multi purpose Herbal Blend ni kan.. Sebab tu saya kata ianya wajib ada dalam beg saya. :-) 
Saya juga mengesyorkan Vita-E Complex juga diambil sekiranya anda mementingkan kecantikan kulit. Nanti saya share pasal Vita-E Complex pula ye.

So, jom dapatkan Herbal Blend dari saya :-)






Tuesday, January 21, 2014

CILI BOH ala ALIN STYLE

Assalamualaikum semua..
Entry kali ini saya nak share resepi cili boh yang saya guna setiap kali nak masak sambal atau asam pedas (kena letak belacan baru terbit rasa 'kick' tu)..
Resepi ni asalnya dari mak saya, tp telah diberi nafas baru oleh saya ye.. :-)
Kenapa saya beriya buat sndiri cili boh ni... padahal boleh je beli kat mana2 kedai. Tak payah bersusah-susah kat dapur tu.. Boleh beli dan terus guna je.. 
Sebabnya... sejujurnya saya rasa cili boh saya lagi sedap dan selamat dari yang ada di pasaran tu..hihi 
Dahla ada bahan pengawet, asid borik, bahan pewarna dan sebagainya..
Buat banyak2, boleh buat stok dan simpan dalam freezer. Jimat pun jimat... yang penting kita tahu cili boh kita tu bersih dan bebas dari bahan kimia.


Ok. sudah tiba masanya untuk saya reveal bahan2 cili boh ala Alin hihi...

1. opkos cili kering 
(petua dari mak saya dan mak2 org lain juga rasanya, nak cili boh extra pedas choose cili kering yang kerinting ye, klu nak yang biasa2 pedas pilih yang straight2 tu)

2. bawang merah 
(anggaran 1/3 cili kering, klu cili kering tu 300g, bawang merah dalam 100g)

3. garam
 (secukup rasa)

4. minyak masak
(dalam satu cawan)

 5. jus limau nipis/lemon
(2-3 sudu besar)


cara-caranya ialah:
(siap sedia kalau takut tangan pijar, sila pakai glove ye ;-) )

1. cili kering dipotong-potong dan direndam dalam air 
(tujuannya nak buang sebahagian biji2 lada dalam cili kering tu. Lagi satu klu dh potong2 lagi cepat cili kering tu lembut dan mudah dikisar. Kalau datang mood ala2 malas saya, saya rendam cili kering tu tanpa dipotong2 pada waktu pagi, ptg baru saya blend hihi..)

2.  cili kering tadi tu dibersihkan, di bilas dan di tos. 

3. Masukkan cili kering, bawang merah dan sedikit minyak ke dalam blender. Blend sampai hancur. Boleh tambah sedikit air kalau susah nak blend

3. bahan2 yang telah diblend tadi tu saya masak bersama 1/2 cawan minyak dalam kuali/periuk. 
(nak kurangkan kandungan air yang ada dalam cili boh tu)

4. kacau sehingga cili boh tu jadi agak pekat.

5.  biarkan cili boh sejuk terlebih dahulu sebelum ditambah garam dan jus limau nipis

6. cili boh ala Alin siap sudah.. so bolehla di simpan ke dalam bekas2 yang sesuai ye :-)


ni gmbar cili boh saya 3 minggu lepas hihi... satu bekas saya simpan fridge biasa, yang lagi 3 bekas saya simpan dalam freezer...

 
ok.. selamat mencuba kepada sesiapapun yang ingin mencuba ye.. jangan segan2 bagi feedback ye..
Happy cili boh'ing' !!



Sunday, January 12, 2014

CADANGAN SET KESIHATAN BASIC ALFALFA

Ramai yang nak sihat. Tapi ramai juga yang ada kekangan budget, yang tak nak makan banyak makanan tambahan a.k.a suplemen. Tak larat nak telan banyak sangat katanya. 

Jadi ramai juga yang bertanya ada tak set-set basic macam dua suplemen je ke... ish ish.. nak sihat tak boleh berkira ye. Kalau dah sakit nanti, memang dah tak ada pilihan nak bayar murah ke mahal ke. Bayar tetap kena bayar, betul tak... 

Tapi takpe, kepada yang tak mengalami masalah yang teruk, memang ada set2 basic yang kami sediakan. Jadi sempena promosi Alfalfa bulan January ini, set2 ini jatuh harga lagi murah ye.





Set Penyusuan

Alfalfa : Telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh ibu untuk meningkatkan penghasilan susu dan membantu kesegaran badan sepanjang hari.
ESP : Mengandungi Isoflavone, membantu mempertingkatkan penghasilan susu. Isoflavone juga membantu melembabkan, menganjal dan menggebukan kulit dan payudara.



 
Set Subur

Alfalfa :  Membantu menyelesaikan masalah seperti keputihan dan mengintimkan hubungan suami isteri
Gla : Memperbaiki masalah hormon wanita yang tidak stabil


 
Set Gout

Alfalfa : Untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan, membantu mengawal keseimbangan asid / alkali di dalam badan. Ia  tinggi kandungan protein dan mengandungi lapan enzim pencernaan. Ia juga membantu dalam mengatasi bengkak, sakit sendi, bengkak buku lali dan kaki.
OmegaGuard : :Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

 
Set Jantung

Alfalfa : Menyingkirkan lemak kolesterol yang terurai keluar dari badan . Alfalfa mengandungi saponin yang bertindak seperti span serat yang menyerap kolesterol dan menyingkirkannya dari tubuh
CoQHealth : Membantu menjana tenaga dalam sel-sel jantung supaya jantung dapat berfungsi dengan efficient. 

 
Set Kurus

Alfalfa : Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit. seterusnya menyingkirkan lemak  dari tubuh.
Lecithin : Berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak degil badan kita. Lecithin dikenali sebagai 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan membantu lemak terapung dalam darah seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membran.

 
Set Suami Isteri

Alfalfa : Mengekalkan keseimbangan hormon wanita, membantu dalam pelinciran sekaligus meningkat keseronokan dalam hubungan seksual.
Vita-E Complex : Membantu meningkatkan ketahanan ereksi, meredakan stress.

 
Set Resdung

Alfalfa : Kaya dengan klorofil dan membantu mengurangkan keradangan
B-Complex : Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.

Walau bagaimanapun Alfalfa ini tidak digalakkan diambil untuk wanita mengandung dan yang mengidap penyakit SLE. 





Thursday, January 9, 2014

FATTABUONI 3 THEME SONG

Assalamualaikum semua... malam ni saya ada mood plak nak share Fattabuoni 3 theme song kat sini.. Fattabuoni ni rancangan santapan rohani bahasa Arab yang memaparkan info sunnah Nabi Muhammad s.a.w . Ianya disiarkan oleh TV Al-Hijrah setiap hari.. 
Tak sangka hero saya no.1 Ahmed Faaris dah hafal lagu ni... Alhamdulillah,  sambil2 main toys tajam sungguh pendengarannya...





 Lyrics

وقد أتانا خاتم الرسالة، بكل ما جاءوا به من حله، فعم كل الخلق بالدلالة، وأشرقت مناهج الكمال .. فكله فضل أتى ورحمة، وكله حكم هدى وحكمة، وهو إمام كل ذي مهمة، وقدوة في سائل الخصال .. فما مضى حتى أقام الدين، وصار سهلا واضحا مبينا، فلم تخف أمته فتونا بل عصموا في الجمع عن ضلال ..

 Saya tak jumpa lagi maksud lagu ni.. InsyaAllah saya akan update kalau ada nanti ye.. 



Monday, January 6, 2014

AKU DAN ALFALFA



Alfalfa...
Kau digelar raja segala tumbuhan...
Banyak sekali manfaat yang kau berikan...
Subhanallah, kau salah satu ciptaan Tuhan...
Pertama kaliku mendengar manfaatmu Alfalfa...
Terus terlintas ada namamu disebut di dalam Al-Quran...

"Wa jannaatin alfaafa" (An-Naba' 78:16)
"Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?"

Alhamdulillah...
Syukur pada Allah, ciptaanMu ini banyak membantu...

Memang aku dah merasai kehebatanmu alfalfa...
Kau kurangkan kelesuan badanku semasa menyusukan anakku...
Kau buat diriku bertenaga sepanjang hari...
Kerana kau kaya dengan mineral...
Kerana kau kaya dengan nutrient...

Alhamdulillah...
Dapatku sempurnakan penyusuan anakku selama 2 tahun 3 bulan...
Dapatku rasakan perbezaan penyusuan anakku yang pertama dan kedua...
Rasa badan lebih bertenaga dengan tambahan alfalfa dalam badanku...

Sehingga ke hari ini...
Aku masih setia denganmu...
Pelengkap sarapanku di waktu pagi...
Pembekal tenaga sepanjang hari...
Pengerat hubungan suami isteri... :-)