Monday, November 25, 2013

SOLAT SUNAT DHUHA KUNCI REZEKI

Dulu sebelum saya 'join' Shaklee, saya taklah rajin mengerjakan solat sunat Dhuha ni.. Memang jarang sangat2 saya buat.. Namun sekarang Alhamdulillah, ianya menjadi rutin saya seharian.. Apalah sangat kesibukan seharian berbanding 5 minit paling lama yang saya gunakan untuk mengadap padaNya setiap pagi.. Terasa indah dan tenang jiwa..
Daripada buku dan 'search' yang saya buat, saya cuba ringkaskan serba sedikit tentang solat sunat Dhuha ini. Dulu saya agak keliru juga solat sunat Dhuha dan solat sunat Syuruk/Isyraq. Saya ingatkan kedua-duanya sama dengan panggilan yang berbeza. Rupa-rupanya memang berbeza sama sekali. Dan ulamak bersepakat bahawa solat sunat Dhuha lagi afdal dikerjakan berbanding solat sunat Syuruk.
Solat sunat Dhuha adakah solat sunat  yang boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah swt diatas segala kenikmatan hidup yang diberikanNya. Sebab dinamakan sembahyang sunat Dhuha kerana ia dikerjakan ketika Dhuha iaitu sesudah terbit matahari. 
Dari Abu Hurairah r.a katanya : “ Kekasihku yakni Nabi Muhammad s.a.w telah memberikan wasiat padaku untuk melakukan puasa sebanyak 3 hari sebulan, juga 2 rakaat sunat Dhuha dan supaya saya bersembahyang witir dulu sebelum tidur.” (Muttafakun ‘Alaih).

Waktu mengerjakannya ialah selepas naik matahari sehinggalah atau sekitar jam 8 pagi sehingga masuk waktu zuhur. Lazimnya menurut hitungan jam, waktu Dhuha ini masuk kira-kira setengah jam sesudah waktu Syuruk. Ia boleh dikerjakan dua, empat, enam atau lapan rakaat . Setiap selesai dua rakaat maka diakhiri dengan salam. Jika ia dikerjakan lapan rakaat, misalnya, bererti ia mesti empat kali salam.

Secara ringkasnya cara-cara untuk melakukan solat sunat dhuha adalah seperti berikut:
1.       Niat disertai dengan Takbiratul Ihram
2.       Membaca doa Iftitah
3.       Membaca surah Al-Fatihah
4.       Membaca satu surah di dalam Al-Quran
5.       Bacaan yang afdal adalah dari surah Asy-Syam (rakaat    
          pertama) dan surah Al-Lail              (rakaat         kedua)
6.       Ruku’
7.       I’tidal
8.       Sujud pertama
9.       Duduk di antara dua sujud
10.     Sujud kedua
11.     Setelah selesai rakaat pertama, lakukan rakaat kedua sama 
          seperti rakaat pertama, kemudian  tasyahud akhir
12.     Memberi salam
13.     Membaca doa

Tak susahpunkan sembahyang sunat Dhuha ni kan.. Apa yang perlu hanyala sedikit kerajinan untuk kita sembahyang tambahan kepada sembahyang 5 waktu yang wajib kita lakukan setiap hari. Saya sendiri pada mulanya memang agak sukar nak melakukannya.. 
Tapi Alhamdulillah kesan sesekali buat itulah yang membuatkan saya rasa 'tak best' kalau tak buat. Satu perasaan yang sukar nak digambarkan klu 'miss' solat sunat Dhuha ini.
Mari kita tengok pula antara kelebihan solat sunat Dhuha ni..

  1. Solat sunat Dhuha adalah sedekah
         Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
 
      2.   Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

      3.  Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.

      4.  Solat orang-orang yang bertaubat

Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

Allahu Akbar! Walaupun nampak simple tapi hebatkan solat sunat dhuha ini... Dengan hanya 2 rakaat, banyak kelebihan yang boleh kita dapat. 




Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahgialah ia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima, maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman : “ Periksalah, adakah hambaKu itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya? “ Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain dihisab” (HR At-Tirmizi r.a)
Solat sunat Dhuha...
Kunci rezeki..
Kunci untuk sentiasa berasa cukup dalam kehidupan...
Bukankah Allah itu Maha Pemurah?

Sunday, November 17, 2013

ALFALFA


Alfalfa antara produk yang terlaris dalam rangkaian produk Shaklee.  Antara info menarik berkaitan Alfalfa saya ringkaskan dalam entri kali ini.

Alfalfa (Meticago sativa) merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi pelbagai jenis zat termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.


Manfaat utama

Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi – alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakan tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

** Mencuci hati, darah dan usus
ini adalah makanan yang sangat  beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. 



** Melawan alahan
memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan

** Baik untuk patologi di dalam usus dan perut
memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit
 
** Menyingkirkan lemak dan kolesterol
kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang, alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol

** Melawan tumor
memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor



** Melegakan keletihan
melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit



** Mencegah/merawat arthritis
melegakan sakit athritis dan kesakitan




Alfalfa Complex : Perbezaan Shaklee 

** Merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an

** Diperbuat daripada tanaman Alfalfa secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakanbahan kompos/baja bebas kimia

** Memiliki gred yang paling tinggi dikalangan tumbuhan Alfalfa, iaitu daunnya hanya akan dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak.


Pengambilan secara konsisten di percayai dapat membantu masalah-masalah seperti:

 >> melegakan sakit sendi & belakang

 >> bagus untuk alergi, resdung & eczema

 >> meneutralkan asid dalam badan (baik untuk pesakit gout)

 >> menghilangkan kelesuan & tekanan

 >> menghilangkan masalah keputihan

 >> melegakan sembelit

 >> mencuci usus bagi membuang toxic

 >> merawat athritis & athma

 >> mencuci buah pinggang & merawat kencing kotor

 >> membesar & menegangkan payudara bagi wanita

 >> memulihkan urat selepas bersalin

 >> bertindak sebagai kacip fatimah bagi para isteri

 >> meningkatkan stamina para suami

 >> memberi kelegaan semasa haid

 >> milk booster


Walau bagaimanapun Alfalfa secara umumya tidak boleh diambil oleh:




1. Pesakit SLE (Systemic lupus erythematosus)
2. Individu yang mengalami masalah imun
3.Individu yang mengambil ubat untuk menurunkan kadar gula seperti pesakit diabetes


     

Wednesday, November 13, 2013

FAQ: VIVIX

FAQ


Q.  What is Vivix™?
A. Vivix is a patent-pending, powerful, and exclusive polyphenol blend with ingredients shown in laboratory research to positively impact four key mechanisms of cellular aging, including helping to protect and repair DNA damage, positively influencing genetic regulators of cellular longevity, promoting mitochondrial energy production, and slowing formation of AGE proteins.*


Q. Who can benefit from Vivix?

A. Any adult concerned with cellular aging and optimal well-being.* Vivix is not recommended for pregnant or lactating women, or anyone younger than 18 years old.


Q. What is resveratrol?

A. A natural compound found in some plants, fruits, seeds, grapes, and grape-derived products such as red wine. Resveratrol has polyphenolic and antioxidant activities that have been found to potentially improve health and well-being in laboratory studies from around the globe. In addition, emerging laboratory research has found that resveratrol fights cellular aging. These studies also found that resveratrol activates genetic regulators of cellular longevity pathways, which may have positive effects on DNA, cellular health, and metabolism.*

Q. How much resveratrol does Vivix provide?

A. Vivix delivers 100 mg of resveratrol per serving. The resveratrol extract has a natural resveratrol content of 98% and the amount of resveratrol in Vivix is guided by the latest scientific studies and emerging research. Vivix goes beyond resveratrol by combining it with a patent-pending blend of additional polyphenolsmade from the only grape in nature with an extra chromosome. Laboratory studies have found that this unique combination is able to positively impact the four key mechanisms of cellular aging and is 10 times more effective than resveratrol alone in slowing AGE protein formation.*

Q. What are polyphenols?

A. Polyphenols are a group of phytochemicals that are plant-derived compounds with both potential antioxidant and cellular anti-aging benefits. In fact, emerging research has reported that polyphenols may elicit multiple biological effects consistent with sustained and improved human health.*

Q. Is Vivix an antioxidant product?
A. Vivix has polyphenol ingredients that have been shown in laboratory studies to positively impact the four key mechanisms of cellular aging and therefore goes well beyond providing antioxidant support.*


Q. Is Vivix a juice beverage and how does it compare to juice products being sold today?

A. No, Vivix is an exclusive, concentrated liquid tonic dietary supplement that delivers the purest form of resveratrol and a highly potent polyphenol extract created from the only grape in nature with an extra chromosome. This unique blend of polyphenols includes ingredients that have been shown in laboratory studies to fight key mechanisms of cellular aging.* Each serving of Vivix delivers the equivalent amount of resveratrol found in 100 glasses of red wine.

Q. When should I take Vivix?

A. Take Vivix daily, preferably with a meal such as breakfast or lunch. Shake well before taking the recommended serving of one teaspoon per day.

Q. Can I take more than one teaspoon per day?

A. According to the latest research, there does not appear to be any added benefit from taking more than the recommended serving of one teaspoon per day.

Q. Can I use Vivix with my other Shaklee supplements?

A. Vivix can be taken with all Shaklee dietary supplements.Ideally,Vivix should be taken with Vitalizer™, NutriFeron®, and Cinch™ Shakes as an excellent daily complement to healthy lifestyle choices. The essential nutrients in Vitalizer, immune-system-supporting phytonutrients in Nutriferon, and muscle-mass-protecting protein in Cinch Shakes, together with the polyphenols in Vivix deliver broad spectrum anti-aging support to your wellness plan for a healthier life.*

Q. Does Vivix contain alcohol?

A.  Vivix does not contain alcohol.

Q. What is the shelf life of Vivix?


A. The shelf life is nine months. 

Q.  Why do I need to refrigerate after opening?
A. Refrigeration after opening will help to maintain optimal freshness, color, and maximum polyphenol activity in the product. Refrigerate unopened bottles as well.

Q. Why isn’t the product shipped under refrigeration?

A.  Extensive testing, including actual shipments throughout the country and simulated transportation under extreme temperature and humidity conditions, has confirmed that the highest quality product is maintained under all shipping conditions to which the product will be exposed.

Q. Why are three bottles needed for a one-month supply?

A. This is to ensure maximum freshness and potency, as well as for convenience during travel.

Q. Can I recycle the packaging?
A. The bottle and deco carton can be recycled.
 

Tuesday, November 12, 2013

CRAMPS/KEJANG

Assalamualaikum dan hi semua.... Entri kali ini saya ingin kongsikan salah satu masalah yang saya hadapi semasa mengandung, iaitu MUSCLE CRAMPS atau kejang otot... Sesiapa yang pernah menghadapinya tahu bagaimana sakitnya kalau tiba-tiba kaki kejang waktu malam... Sampai menangis dibuatnya.

Cramps berlaku selalunya disebabkan otot digunakan secara berlebihan, dehidrasi, keletihan atau tekanan.  Apa yang saya tahu, kejang/cramps ini terjadi selalunya kepada orang-orang yang kekurangan potassium, magnesium dan kalsium (trio mineral yang dikenali sebagai elektrolite) di dalam badan.
*googled image

Potassium boleh didapati dari buah-buahan, dan sayur-sayuran terutamanya buah pisang. Sumber utama kalsium ialah produk tenusu manakalamagnesium boleh didapati dalam roti,  bijirin dan kekacang. 
Apa yang selalu dinasihatkan oleh doctor, sekiranya diet seharian tidak juga membantu atau mengurangkan kekerapan kejang yang berlaku, adalah dinasihatkan mengambil suplemen kalsium dan magnesium. 

Apa yang kita semua kena tahu, magnesium tidak boleh diambil tanpa kalsium kerana mineral ini bertindak bersama.
Badan kita juga akan mengalami masalah-masalah seperti berikut sekiranya kekurangan magnesium. 
* insomnia
*ketegangan otot atau kejang
*sembelit
*sakit kepala
*jantung berdebar-debar
*PMS
*kalsifikasi tisu atau sendi
*cemas atau cepat marah
 Jadi kepada anda semua yang ada mengalami masalah CRAMPs ni saya mengesyorkan suplemen kalsium magnesium Shaklee iaitu OsteMatrix.


 Alhamdulillah, dengan izin Allah OsteMatrix ini sangat-sangat berkesan untuk masalah-masalah di atas.. Hanya 2 caplets sebelum tidur, anda akan bangun dengan happy keesokkan harinya InsyaAllah :-)


Saturday, November 9, 2013

MAMA, ATTA, ANNAE & ADIK SUKE SHAKLEE


Assalamualaikum dan hi semua... entri kali ini, saya nak kongsi manfaat produk2 Shaklee yang saya sekeluarga guna  seawal saya mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor. Saya pernah juga membeli set menyusu Shaklee pada tahun 2011 dan 2012, Alhamdulillah memang tidak menghampakan saya dan baby. Pasal set menyusu ni saya buat entri yang lain ye..

Ada 11 produk yang kami guna pada awalnya dan  dah bertambahpun sekarang ni hihi.. ada yang untuk mama (saya), ada untuk atta (mr asben) dan ada untuk anak2 hafiz soleh saya, A.Faaris & A.Haseef. 



Suplemen untuk Mama

Saya memang ada masalah low blood pressure dari zaman skolah lagi... selalu pengsan.. Ingat lagi jatuh masa assembly kat skolah... dahla berdiri depan sekali.. takde halangan.. abes calar balar muka jatuh tersembam. Sedar tak sedar dah kena angkat. Tak ingat apa yang berlaku.. Lagi satu, setiap pagi kalau tak bersin tu bkn Haslinda Hasim ler namanya... serot serott ler hidung tu bbunyi.. siap ada org tu ckp hidung saya ni mcm badutla kannn.. (nama tak blh sebut haha..).. salah makan sikit ke habuk ke mulala hidung yang comel ni duk mengeluarkan amarahnye... bak my eldest son selalu ckp " mama, atta.. MY NOSE IS LEAKING" ..technically betulla kan..haha.. 
So, antara suplemen yang sesuai yang telah dicadangkan ialah Vita-Lea (multivitamin with iron), B-complex, ESP Soy Protein Isolate Powder dan Ostematrix (kalsium magnesium). Saya hanya ambil Vita-Lea Iron Formula dan OsteMatrix sahaja disebabkan masih ada lagi baki suplemen B-Complex dari brand lain yang perlu dihabiskan. Untuk masalah hidung yang terover sensitif tu, vitamin yang dicadangkan ialah Alfalfa Complex  dan B-complex. Saya hanya ambil Alfalfa Complex sebabnye..nak abiskan yg dh ada hehe.. Saya juga ambil GLA Complex dan Vita-E Complex. 
Apa yang saya nak kongsikan di sini, suplemen Shaklee ni Alhamdulillah serasi dan memberi kebaikan pada saya. Dulu sikit2 pening klu bangun dari tidur, rasa nak jatuhla, check blood pressure manjang low je, skrg bukan nak kata 100% ok, Alhamdulillah bertambah baik.. Apa yang bestnya lagi, dulu hampir setiap hari  kena telan Zyrtec/Aerius, Alhamdulillah skrg tsimpan dalam almari ubat jela Zyrtec/Aerius tu.. hihibyebye.. Vita-E Complex ni pula mmg indah kesannya seperti dikata.. vitamin cinta.. yang faham okla.. yang tak faham, buat2 faham ye  :-) 
Oh lupa lagi satu si GLA Complex cantik manis ni pula menyelesaikn masalah hormon saya yg kurang stabil semenjak bersalin... kulitpun btmbh lembut tau. 



Suplemen untuk Atta aka Mr. Asben

Asben ada masalah slip disc, sakit sendi dan high blood pressure. Mmg bykla ubat kena telan. Sape2 yang pernah datang ke rumah saya mmg akan nmpk mini farmasi di dapur kami. Mcm2 ada..  Jadi, Mr. Asben telah mencuba OmegaGuard, AJHT (Advanced Joint Health Tablet), OsteMatrix, Alfalfa Complex dan CoQHealth Plus. 
Alhamdulillah, kalau dulu bacaan tekanan darah darah selalunya 140/90, dengan ubat bacaannya 130/90.. dengan suplemen Shaklee 120/80.. Mmg happy sgt, Alhamdulillah..  Sakit2 sendipun bertambah baik.  Ada lagi perubahan yang ketara, tumit asben yang dulu merekah dan kering bertambah baik. Bestnya suplemen Shaklee ni kan..



Suplemen untuk anak-anak

Anak-anak saya dua-dua lelaki memang aktif. Yang sulung mmg picky eater berbanding yang yang kedua. Suplemen yang saya bagi pada anak-anak saya Meal Shakes - French Vanilla, Chewable Vita-C Plus, OmegaGuard dan Nutriferon. Oh ya yg Nutriferon ni, kami (mama dan atta) pun ambil as immune booster.  
Minggu pertama mmg tak nmpak perubahan, selera makan masih macam tu jgk. Masuk minggu kedua, saya perhatikan anak yang sulung bila masuk je kereta balik dari sekolah, dah menanyakan makanan.. "mama i'm hungry".. happynya saya tidak terkata.. Kalau dulu, dia buat tak kisah je kalau mama dia ni duk masak sedap2 kat dapur tu.. Tapi sekarang, siap datang ke dapur tanyaa masak apa, "smell nice, mama".. Anak-anak pun jarang sakit lama2 mcm dulu. Syukur Alhamdulillah..


Tula kisah awal kami dan suplemen Shaklee. Pengalaman jujur saya dan keluarga dan mendapat manfaat kesihatan.  Sukanya saya kalau andapun dapat berkongsi merasainya. Jom sama-sama sihat dengan produk Shaklee. :-)






Monday, November 4, 2013

VIVIX


Oktober telahpun melabuhkan tirai. Untuk bulan November ini, Vivix, antara produk hot Shaklee terpilih untuk dipromosikan dengan gemilangnya :-). Jom kita kenal serba sedikit tentang Vivix ini dan ramuan yang digunakan dalam penghasilannya.

Minuman campuran botani Vivix merupakan revolusi pemnemuan dalam pemakanan polifenol. Ia mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Muscadine Grape, European Elderberries dan Purple Carrot yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fotokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan.




Mari kita kenali satu persatu ekstrak bahan botani yang terpilih dalam menghasilkan Vivix ini.

1. Polygonum Cuspidatum
Merupakan tumbuhan berbunga invasif. Ia juga dikenali dengan nama lain knotweed Jepun. Polygonum cuspidatum digunakan untuk menghasilkan makanan tambahan resveratrol kerana ia mudah dan cepat berkembang. Ekstrak Polygonum cuspidatum boleh diambil sebagai diet tambahan. Ia biasanya diperbuat daripada akar tumbuhan. Antara khasiat ekstrak Polygonum cuspidatum ini ialah

**Mengurangkan kolesterol
dipercayai boleh mengurangkan paras kolesterol yang tinggi pada manusia, sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung dan trombosis. Menurut MDidea.com, "penggunaan yang tinggi makanan yang kaya dengan resveratrol boleh menyebabkan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, merendahkan jumlah kolesterol dan menurunkan kolesterol LDL."

**Kesan antioksidan
Resveratrol adalah antioksidan. Antioksidan mencegah kerosakan kepada sel-sel oleh radikal. Resveratrol dipercayai untuk membantu mencegah penyakit kardiovaskular dan kanser. Menurut MDidea.com , " Pada manusia, kajian sedang dijalankan untuk menentukan manfaat kesihatan resveratrol dalam kanser dan penyakit jantung. Hasil penyelidikan awal menunjukkan bahawa resveratrol mungkin mempunyai anti -jangkitan, antioksidan, dan sifat-sifat anti -radang."


 Alpha

2. Muscadine Grape
Anggur Muscadine berasal dari North Carolina dan tenggara Amerika Syarikat. Muscadines boleh didapati di seluruh North Carolina dari akhir Ogos hingga awal Oktober. Ianya bersaiz besar, berkulit tebal dan berbiji sering dipetik sebagai individu beri. Anggur ini kebiasaannya berwarna gangsa atau hitam. Antara khasiatnya ialah:    

**Manfaat kesihatan jantung dan pembuluh darah 
Pengurangan tekanan oksidatif kepada kesihatan jantung dan  darah, pengurangan keradangan pada saluran darah untuk mengurangkan pembentukan plak atherosclerotic, mengekalkan mekanisme pengembangan salur darah untuk mengekalkan tekanan darah yang normal, perlindungan terhadap pembekuan darah yang tidak terkawal
 
**Manfaat untuk Diabetes 
Mengurangkan Sindrom Metabolik, mengawal kepekatan glukosa darah, menghalang pembentukan protein AGE  

**Memberi Kesan Anti-radangArtritis Reumatoid, gout, Psoriasis, Penyakit Radang Usus, kolitis, aterosklerosis, Diabetes, COPD, asma, alahan, Alzheimer



**Memberi kesan antioksidan


3. European Elderberries 
Elderberry atau elder, telah digunakan selama berabad-abad untuk merawat luka, apabila digunakan pada kulit. Ia juga diambil secara makan untuk merawat penyakit pernafasan seperti sejuk dan selesema. Di kebanyakan negara, termasuk Jerman, bunga elder digunakan untuk merawat selsema dan flu. Beberapa bukti menunjukkan bahawa bahan kimia dalam bunga elder dan buahnya boleh membantu mengurangkan bengkak pada membran mukus, seperti sinus dan membantu melegakan kesesakan hidung. Elder mungkin mempunyai ciri-ciri antiradang, antivirus dan antikanser. Elderberry juga mengandungi flavonoid, yang mempunyai sifat antioksidan dan boleh membantu mencegah kerosakan sel-sel badan. Antara lain, Elderberry memberi manfaat dalam:

 Mengatasi jangkitan, yeast, asthma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes
 

**Dapat merendahkan tahap kolesterol
**Mengurangkan stress

**Memperbaiki penglihatan
**Memperbaiki penghadaman



4.Purple Carrot
Ianya adalah sumber terbaik vitamin A, phytokimia, anthocynins, antioksidan yang hebat. Anthocynins bertanggungjawab pada warna merah menyala biru dan ungu pada buah dan sayuran. Kajian telah menunjukkan, anthocynins memainkan peranan sebagai
 


**Antioksidan
**Antiradang
**Antimikrobial
**Anticarcinogen
**Mengurangkan risiko penyakit jantung


Ternyata Vivix ini memang layak digelar Tonik hebat. Ianya merupakan gabungan ramuan terbaik yang dapat merawat pelbagai masalah kesihatan. Memang menarik kan.. ayuh dapatkan satu untuk diri sendiri untuk merasai kehebatannya. :-)