Friday, October 25, 2013

LIVER HEALTH


Hari ini saya teringat keadaan anak-anak saya Ahmed Faaris dan Ahmed Haseef sewaktu di hospital selepas dilahirkan.. Kedua-dua anak saya mengalami mild jaundice atau demam kuning. Kedua-duanya jugala membuatkan kami berkampung 1 minggu di hospital. Terus saya mndapat idea untuk mngarang post kali ini. 

Apa kaitannya dengan topic yang saya nak share kali ini ialah fungsi organ hati dan detoks. Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses pembuangan birubilin dalam darah ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila bayi dilahirkan, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.    

Jadi apa peranan hati ini sebenarnya pada kita ya ?                                                   

Ia menyahtoksin darah dengan menggunakan enzim untuk meneutralkan toksin yang terkandung di dalamnya . Peneutralan ini berlaku dalam proses dua fasa. Fasa pertama melibatkan enzim hati secara langsung memecahkan ikatan kimia toksin tertentu. Jika ini tidak berjaya, enzim mengubah toksin menjadi varian kimia yang boleh dineutralkan. Produk-produk buangan yang larut air yang kemudian dibuang daripada badan melalui urine. Mana-mana yang tidak larut dalam air akan dibuang melalui hempedu ke dalam kolon. Hati yang sihat penting untuk nutrien metabolisme normal dan kesihatan secara menyeluruh.

Kemudian mengapa kita perlu detox hati jika hati itu sendiri pakar dalam detoks ?
 

Kerana pelbagai agen biologi dan kimia boleh menyekat mana Fasa I Fasa II atau proses detoksifikasi. Apabila ini berlaku, hati tidak boleh meneutralkan semua toksin yang sepatutnya . Bahan toksin ini kekal di dalam darah, yang membawa kesemua toksin ke seluruh badan. Selepas melalui organ-organ dan tisu, semua toksin akhirnya diserap ke dalam tisu lemak badan , di mana mereka boleh kekal selama bertahun-tahun. Badan yang meyimpan toksin dalam penghadaman, limfa, atau sistem gastrousus serta kulit dan rambut. boleh menyebabkan masalah seperti keletihan, sakit kepala, loya, dan pelbagai penyakit kronik.

 
*Googled image*
Jadi boleh ke kita menggunakan suplemen atau bantuan diet untuk membersihkan hati ?

Jawapannya Ya. Walaupun ada percanggahan pendapat yang menyatakan tentang betapa banyak makanan yang boleh membersihkan hati , hampir semua orang bersetuju bahawa , diet yang seimbang dan sihat akan memberikan hati lebih daripada apa yang diperlukan untuk menjalankan tugasnya . Ia juga akan mengurangkan jumlah toksin yang hendak di proses dalam badan. Walau bagaimanapun , kerana banyak toksin ini datang ke dalam badan kita melalui udara , air tanpa filter, dan kulit kita sendiri, ia adalah bijak untuk secara aktif meningkatkan detox hati dengan penambahan organik dan semula jadi.


Apakah makanan tambahan yang perlu saya ambil untuk membersihkan hati saya ?

Pertama, anda perlu mencari sesuatu yang benar-benar semula jadi dan organik. Terdapat beribu-ribu produk di luar sana. Walau bagaimanapun , tidak semua herba yang ditanam secara organik . Banyak produk yang dihasilkan seperti mana-mana produk pertanian yang lain dan telah dicemari oleh racun perosak. Adapun racun perosak mengandungi toksin yang kita cuba untuk hilangkan, jadi kita tidak mahu menambah apa-apa yang mungkin mengandungi toksin ke dalam badan kita.
*Source : Global Healing Center (GHC)



Formula herba yang unik dari Shaklee mengandungi bahan-bahan yang dapat menyokong keupayaan badan normal dalam mengekalkan dan menjana semula sel-sel hati yang sihat. Produk yang dicadangkan ialah DTX Complex. Ia terdiri daripada herba hanya ditanam secara organik dan derivatif herba dan mineral yang meningkatkan fungsi badan. Antaranya,
·         ekstrak biji benih pokok susu tisel
·         cendawan Reishi dan Schizandra chinensis
·         dandelion, kunyit dan artichoke

Bahan-bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi, diperbuat daripada gred tertinggi dan bahan-bahan yang datang dari alam semula jadi. Antara kebaikan DTX Complex ini ialah:
  • membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
  • membantu meningkatkan kesihatan hati
  • meningkatkan seri wajah
  • meningkatkan system imun terhadap jangkitan tubuh

Sekiranya anda mengalami salah satu daripada masalah seperti, jerawat/kulit kusam, selalu berasa lesu dan kurang bertenaga, sakit kepala berulang, rasa gatal, radang pada kulit, alahan atau ekzema, anda boleh mencuba DTX Complex untuk membuang toksin berlebihan dalam badan anda.


Monday, October 21, 2013

GREENEARIA LIFE: PENGENALAN.. :-)

Assalamualaikum n hi semua.. :-)
Janggal rasanya jari-jari ni nak menaip.. Almaklumlah 6 tahun sudah meninggalkan alam university... no assignment, no lab report, no exam hihi.. kalau nak menaippun just sesekali je tumpang computer mr asben kesygan.. 
Namun, inilah masa yang sesuai untuk saya melatih kmbali minda dan jari-jemari.. ya kurniaan Allah yang tidak ternilai... demi kehidupan yang sihat lagi ceria akan saya kongsikan dalam blog ini.. 
Saya dipertemukan dgn suplemen Shaklee seawal sek menengah lg.. around 1996-1997 mcm tu.. mak saudara saya dr kl bawa a few suplemen Shaklee.. yg masih segar di ingatan Alfalfa Complex, B-complex, Herb-Lax n Vita-C (ni tak brp sure hihi)... 
mak ayah apa lg, dgr je vitamin ni elok untuk nila..untuk tula.. lg2 anak prmpuan sulung dia ni blh dikatakn kurang zat (~aptb).. so nak dijadikan cerita ayah beli n terpaksala ank dia ni amik... (mahal tau.. terharu sungguh masa tu)..smpai skrgpun terharu lg.. yelah keluarga saya bknla senang sgt.. sekadar cukup shj.. 
saya tak ingat apa kesannya amik suplemen Shaklee pd wkt tu.. kurang mengantuk kot hihi.. setahun je amik suplemen...tak mampu nak teruskn..
Then, tak tlintas langsung di benak ni nk search balik pasal suplemen Shaklee ni sampaila ada yang post2 pasal set menyusula, vitamin cintala, set suburla.. wahhh.. aku penah amik dulu Shaklee ni.. dh maju betul ek Shaklee skrg haha... 
Masa mengandungkn Faaris, saya dh nekad nk bg susu badan smpai 2 tahun.. Masa tu mmg takde plak nak try suplemen Shaklee ni.. main redah je.. 
Alhamdulillah rezeki dari Allah, susu badan cukup walaupun badan agak letih sbb Faaris memang bangun malam 2-3 kali nak mnyusu.. and style dia mama kena duduk.. kalau baring je dia mula meragam..(~alahai manja mama almost 5 yo skrg ni)..
Masa mengandungkan Haseef, sy ada intai2 jgk suplemen Shaklee ni.. tapi takde keberanian nak mencuba lagi.. Sampaila Haseef lahir, saya intai lebih skit.. After Haseef 6mths mcm tu saya beli online set menyusu yang basic. Sbbnya, saya takde masalah kekeringan susu, cuma kesihatan bdn shj.. 
Alhamdulillah serasi.. Hingga ke hari ini, saya masih ambil suplemen semestinya from Shaklee :-).. Jadi saya rasa berkongsi pengalaman dan kebaikan  suplemen Shaklee ini  adalah sesuatu yang menarik.. sebab saya Healthy andapun Healthy kannn.. InsyaAllah
Berkenaan dgn Tupperware Brands plak.. alahai saya ni mmg suka nmpk benda2 yg comel, colorful ni.. dann pantang nmpak brg2 warna hijau.. mesti duk belek2 smpai puas hati..suka arrange bkas2 plastic bg sama saizla, suka kumpulla.. bukan hobi ye.. suke je..haha.. mr asben kata saya ni OCD (Obsessive–compulsive personality disorder).. suke suki jekannn haha... padahal tak seOCD manapun.. kadang2 suka sepah2 jgk.. so bila dh pindah rumah baru, tgk tupperware2 yg ada mcm kurang menarik je.. intai2 kat fb ada org jual produk Tupperware.. comel2. Byk saiz, blh stack2 mcm toy block my kids.. wahh menarik ni.. so beli n sign up as member.. yeahhh.. sbb saya blh berkongsi Happy dgn anda kannn.. InsyaAllah
Orite.. cukup dahulu pengenalan.. sayapun tak percaya dh menaip sebanyak ini.. melalut je yang lebih kannn.. Semoga saya ada upaya lagi untuk menaip entry2 yang akan datang.. Idea yang baik cetusan dariNYa, yang kurang baik cetusan dari diri saya sendiri..