Halaman

Tuesday, January 21, 2014

CILI BOH ala ALIN STYLE

Assalamualaikum semua..
Entry kali ini saya nak share resepi cili boh yang saya guna setiap kali nak masak sambal atau asam pedas (kena letak belacan baru terbit rasa 'kick' tu)..
Resepi ni asalnya dari mak saya, tp telah diberi nafas baru oleh saya ye.. :-)
Kenapa saya beriya buat sndiri cili boh ni... padahal boleh je beli kat mana2 kedai. Tak payah bersusah-susah kat dapur tu.. Boleh beli dan terus guna je.. 
Sebabnya... sejujurnya saya rasa cili boh saya lagi sedap dan selamat dari yang ada di pasaran tu..hihi 
Dahla ada bahan pengawet, asid borik, bahan pewarna dan sebagainya..
Buat banyak2, boleh buat stok dan simpan dalam freezer. Jimat pun jimat... yang penting kita tahu cili boh kita tu bersih dan bebas dari bahan kimia.


Ok. sudah tiba masanya untuk saya reveal bahan2 cili boh ala Alin hihi...

1. opkos cili kering 
(petua dari mak saya dan mak2 org lain juga rasanya, nak cili boh extra pedas choose cili kering yang kerinting ye, klu nak yang biasa2 pedas pilih yang straight2 tu)

2. bawang merah 
(anggaran 1/3 cili kering, klu cili kering tu 300g, bawang merah dalam 100g)

3. garam
 (secukup rasa)

4. minyak masak
(dalam satu cawan)

 5. jus limau nipis/lemon
(2-3 sudu besar)


cara-caranya ialah:
(siap sedia kalau takut tangan pijar, sila pakai glove ye ;-) )

1. cili kering dipotong-potong dan direndam dalam air 
(tujuannya nak buang sebahagian biji2 lada dalam cili kering tu. Lagi satu klu dh potong2 lagi cepat cili kering tu lembut dan mudah dikisar. Kalau datang mood ala2 malas saya, saya rendam cili kering tu tanpa dipotong2 pada waktu pagi, ptg baru saya blend hihi..)

2.  cili kering tadi tu dibersihkan, di bilas dan di tos. 

3. Masukkan cili kering, bawang merah dan sedikit minyak ke dalam blender. Blend sampai hancur. Boleh tambah sedikit air kalau susah nak blend

3. bahan2 yang telah diblend tadi tu saya masak bersama 1/2 cawan minyak dalam kuali/periuk. 
(nak kurangkan kandungan air yang ada dalam cili boh tu)

4. kacau sehingga cili boh tu jadi agak pekat.

5.  biarkan cili boh sejuk terlebih dahulu sebelum ditambah garam dan jus limau nipis

6. cili boh ala Alin siap sudah.. so bolehla di simpan ke dalam bekas2 yang sesuai ye :-)


ni gmbar cili boh saya 3 minggu lepas hihi... satu bekas saya simpan fridge biasa, yang lagi 3 bekas saya simpan dalam freezer...

 
ok.. selamat mencuba kepada sesiapapun yang ingin mencuba ye.. jangan segan2 bagi feedback ye..
Happy cili boh'ing' !!



No comments:

Post a Comment