Halaman

Monday, November 25, 2013

SOLAT SUNAT DHUHA KUNCI REZEKI

Dulu sebelum saya 'join' Shaklee, saya taklah rajin mengerjakan solat sunat Dhuha ni.. Memang jarang sangat2 saya buat.. Namun sekarang Alhamdulillah, ianya menjadi rutin saya seharian.. Apalah sangat kesibukan seharian berbanding 5 minit paling lama yang saya gunakan untuk mengadap padaNya setiap pagi.. Terasa indah dan tenang jiwa..
Daripada buku dan 'search' yang saya buat, saya cuba ringkaskan serba sedikit tentang solat sunat Dhuha ini. Dulu saya agak keliru juga solat sunat Dhuha dan solat sunat Syuruk/Isyraq. Saya ingatkan kedua-duanya sama dengan panggilan yang berbeza. Rupa-rupanya memang berbeza sama sekali. Dan ulamak bersepakat bahawa solat sunat Dhuha lagi afdal dikerjakan berbanding solat sunat Syuruk.
Solat sunat Dhuha adakah solat sunat  yang boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah swt diatas segala kenikmatan hidup yang diberikanNya. Sebab dinamakan sembahyang sunat Dhuha kerana ia dikerjakan ketika Dhuha iaitu sesudah terbit matahari. 
Dari Abu Hurairah r.a katanya : “ Kekasihku yakni Nabi Muhammad s.a.w telah memberikan wasiat padaku untuk melakukan puasa sebanyak 3 hari sebulan, juga 2 rakaat sunat Dhuha dan supaya saya bersembahyang witir dulu sebelum tidur.” (Muttafakun ‘Alaih).

Waktu mengerjakannya ialah selepas naik matahari sehinggalah atau sekitar jam 8 pagi sehingga masuk waktu zuhur. Lazimnya menurut hitungan jam, waktu Dhuha ini masuk kira-kira setengah jam sesudah waktu Syuruk. Ia boleh dikerjakan dua, empat, enam atau lapan rakaat . Setiap selesai dua rakaat maka diakhiri dengan salam. Jika ia dikerjakan lapan rakaat, misalnya, bererti ia mesti empat kali salam.

Secara ringkasnya cara-cara untuk melakukan solat sunat dhuha adalah seperti berikut:
1.       Niat disertai dengan Takbiratul Ihram
2.       Membaca doa Iftitah
3.       Membaca surah Al-Fatihah
4.       Membaca satu surah di dalam Al-Quran
5.       Bacaan yang afdal adalah dari surah Asy-Syam (rakaat    
          pertama) dan surah Al-Lail              (rakaat         kedua)
6.       Ruku’
7.       I’tidal
8.       Sujud pertama
9.       Duduk di antara dua sujud
10.     Sujud kedua
11.     Setelah selesai rakaat pertama, lakukan rakaat kedua sama 
          seperti rakaat pertama, kemudian  tasyahud akhir
12.     Memberi salam
13.     Membaca doa

Tak susahpunkan sembahyang sunat Dhuha ni kan.. Apa yang perlu hanyala sedikit kerajinan untuk kita sembahyang tambahan kepada sembahyang 5 waktu yang wajib kita lakukan setiap hari. Saya sendiri pada mulanya memang agak sukar nak melakukannya.. 
Tapi Alhamdulillah kesan sesekali buat itulah yang membuatkan saya rasa 'tak best' kalau tak buat. Satu perasaan yang sukar nak digambarkan klu 'miss' solat sunat Dhuha ini.
Mari kita tengok pula antara kelebihan solat sunat Dhuha ni..

  1. Solat sunat Dhuha adalah sedekah
         Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
 
      2.   Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

      3.  Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.

      4.  Solat orang-orang yang bertaubat

Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

Allahu Akbar! Walaupun nampak simple tapi hebatkan solat sunat dhuha ini... Dengan hanya 2 rakaat, banyak kelebihan yang boleh kita dapat. 




Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahgialah ia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima, maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman : “ Periksalah, adakah hambaKu itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya? “ Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain dihisab” (HR At-Tirmizi r.a)
Solat sunat Dhuha...
Kunci rezeki..
Kunci untuk sentiasa berasa cukup dalam kehidupan...
Bukankah Allah itu Maha Pemurah?

No comments:

Post a Comment