Halaman

Sunday, November 3, 2013

PAYUNG KECEMASAN

Entri yang pendek buat kali ini. Semalam saya terbaca sesuatu yang menarik perhatian saya berkenaan mengurus wang simpanan.. menurut  penulisnya Suhili Nain, ada 3 pembahagian kewangan yang kita perlu lakukan.


1.    Simpanan jangka panjang
2.    Simpanan jangka pendek
3.    Simpanan waktu kecemasan



*googled image

Saya amat tertarik dengan pembahagian yang ke 3 iaitu ‘Simpanan waktu kecemasan’. Ia lebih dekat dengan diri saya sebab saya memang praktikkan sejak kecil lagi. Waktu sekolah rendah dan menengah, saya suka asingkan sedikit duit belanja yang ayah saya bagi untuk kegunaan kecemasan seperti beli alat tulis atau buku. 

Masa zaman universiti, saya akan agihkan duit ptptn saya ke bank yang lain.  So, saya akan disiplin menggunakan dengan cermat duit tersebut. 
Bila dah berkahwin, apatah lagi permintaan suami untuk tidak berkerja, saya sememangnya tiada pendapatan bulanan seperti orang bekerja. Tetapi setiap bulan suami akan menyerahkan sejumlah wang untuk saya belanja. Saya masih praktikkan simpan sedikit wang dari yang diberi. 
Bagi saya setiap orang perlu ada simpanan waktu kecemasan ini. Biarla kita kumpul rm 1 sehari sekalipun. Setahun dah ada RM 365, 10 tahun  ada RM 3650. Itu sebagai contoh sahaja. Sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit..  jadi jom kita mulakan dari sekarang.... ke arah 'payung kecemasan' kita tuju :-)

Credit : http://www.notausahawan.com/2013/10/sediakan-3-payung-hadapi-waktu-hujan.html

No comments:

Post a Comment